Assalamualaikum.
Kolam Pancing Joran Rimba Tekala terletak di Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Terletak bersebelahan dengan Kolam Pancing Seri Bayu. Beroperasi pukul 7 pagi sehingga 7 malam dan pada malam minggu kolam di buka 24jam. Terdapat beberapa buah chalet sederhana yang disediakan dengan harga RM50 semalam. Pelanggan yang menetap di chalet boleh memancing selama 24jam.
Bayaran yang dikenakan bagi satu batang joran adalah Rm5. Ikan boleh di bawa pulang tetapi pemilik kolam mengenakan bayaran Rm6 per Kg. Terdapat jeram bersebelahan dengan chalet yang agak privasi tetapi aku nasihatkan bagi yang membawa anak-anak kecil sila awasi anak-anak anda kerana arusnya agak sederhana deras dan berjaga-jaga terutama selepas hujan kerana arus sememangnya deras dan berkemungkinan terjadinya Fenomena Kepala Air.
Pemilik Kolam juga ada menganjurkan pertandingan memancing pada setiap hari Ahad dari pukul 3 ptg sehingga 7 malam. Bayaran dalam lingkungan Rm40 bagi satu joran. Kemudahan yang disedia adalah seperti
tandas, surau, kedai menjual peralatan memancing dan juga makanan. Pemancing BEBAS menggunakan APA SAHAJA TEKNIK. Yes ! betul apa yang aku cakapkan ini dan BEBAS menggunakan apa saja UMPAN! yehaa.. Selamat Mencuba Bro!
Di bawah antara koleksi gambar sewaktu aku memancing di sana.
penyewa chalet kena bayar harga memancing juga ke?
BalasPadamyes .. penyewa chalet kena bayar rm5 untuk satu joran.. takda limit di sini nak pakai berapa banyak mancing pun tuan
PadamMacamana kalau saya nak book chalet? Ada no tel ke? Atau blh.bg peta dr kota dsara ke klm pancing?
BalasPadam