Isnin, November 19, 2012

Memancing Mengajar Erti Kesabaran




Assalamualaikum..
 
   Sejak dari kecil ku masih teringat saat arwah abahku memimpin tanganku ke suatu baru dunia byang dapat mengajar diriku ini erti kesabaran dan nikmat hidup yang dicipta oleh Allah. Dunia baru ini penuh dengan dugaan dan rintangan untuk menjadikan kita seorang mukmin yang sabar.

   Dunia yang ku maksudkan dunia memancing. Memancing bukan sekadar hobi tetapi ia telah dimartabatkan sebagai satu sukan tapi tidaklah di pertandingkan di sukan olimpik. Kalau di masukkan dalam list sukan olimpik confirm berduyun duyunlah pemancing di Malaysia dan serata dunia berebut-rebut untuk mewakili negara masing-masing termasuklah diri aku.

   Betul dan benar hobi yang ku minati sejak kecil dan mewarisi minat yang sama dengan arwah mengajarku erti kesabaran. Sikap panas baran yang di bakar oleh Syaitan Nirrajim dan Iblis Laknatullah berjaya di kikis dekit demi sedikit. Alhamdulillah. Kini ku mempunyai seorang isteri dan 2 puteri yang sama-sama berkongsi hobi yang ku warisi dari arwah abah. Terima Kasih Ummi, Kakak Hanis dan Adik Nisa.

   Banyak pihak mengatakan hobi memancing membosankan dari duduk menunggu berjam-jam menunggu ikan memakan umpan lebih baik pergi pasar. Ikan di pasar FRESH sangat ke? di simpan berjam-jam dalam peti ais dan di suntik dengan bahan kimia supaya ikan nampak segar adakah itu dikatakan FRESH. Tepuk dada tanya selera. Hobi memancing masa kini dikongsi bersama-sama keluarga tercinta. Terpulanglah kepada diri masing-masing. Hobi dan minat adalah hak individu.

   Ku harap memancing akan di teruskan dari generasi ke generasi akan datang. Jangan lupa mengamalakan budaya Catch & Release ( C&R) supaya stok ikan tempatan akan terus berkembang dari masa ke semasa.
Rezeki itu datang dari Allah. Dekatkan diri kita denganNya, Insyallah Allah akan menyayangi kita. Amin.

Salam Bicara dan Assalamualaikum.
Mohd Zulkifli @ pancingwarisan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...