Memaparkan catatan dengan label pancingwarisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pancingwarisan. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 13, 2013

Pancing & Jalan²

Coral Fishing Resort, Lumut, Perak

Salam Kail dari Pancing Warisan,

     Hampir 3 bulan aku ketar jari jemari, urat² saraf dan otak ku LESU sebab tidak memancing atas kerana " pantang bersalin" wife tersayang. Di campur pulak dengan urusan kerja dan jadual sekolah anak yang agak ketat maka tak la dapat ku berjuang bersama pancing² yang setia dalam stor rumahku.

31.06.2013 ( Ahad ),

     Masa terluang, tangan dah ketar nak pegang pancing jadi hobi memancingku bermula kembali atas support wife & anak² tersayang. Thank guys. Destinasi yang di pilih Coral Fishing Resort yang terletak di Marina, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Tempat ni dah lama aku survey dalam blog² dan forum² pancing. Sampai di destinasi sejuk mata memandang akan kedamaian resortyang menghadap betul² pulau pangkor. Best.. memang best terdetik hati aku berkata.. Dalam trip kali ini tiada la spesis ikan mega berjaya di naikkan. pesan aku kepada pembaca jangan lupa bawa Appolo @  sabiki ( perambut yang mempunyai 4 ke 6 mata kail ) kerana banyak spesis gelama, kerapu , senangin dan sebagainya yang banyak berkeliaran berhampiran pelantar yang disediakan oleh pihak resort. 

     Dari segi penginapan pihak resort menyediakan family cabin dan ia bersesuaian kepada kaki² pemancing yang berfamily. Terdapat 2 bilik dalam setiap bilik mempunyai 2 buah katil single dan yang penting mempunyai aircond. Satu pesanan kepada kaki pancing harga makanan dan air tin, sejuk dan panas agak mahal. Mana taknya harga setin coke mencecah Rm4.40 setin. Better makan di luar atau bawa air minuman sendiri kerana mini fridge di sediakan.  Elakkan menginap pada hari sabtu kerana kata reception resort ni full booking setiap sabtu. 

     Salam kail dari ku,
      Pancing Warisan

Suasana sekitar resort dari atas pelantar
                                             

Bilik no 107


View dari atas pelantar 


Pulau Pangkor betul² di depan mata


Buffet Breakfast 

Best memang best

Papa, Kak Long, Kak Ngah dan Kak Chik

Khamis, November 29, 2012

Kolam Joran Rimba Tekala Semenyih

Assalamualaikum.

Kolam Pancing Joran Rimba Tekala terletak di Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Terletak bersebelahan dengan Kolam Pancing Seri Bayu. Beroperasi pukul 7 pagi sehingga 7 malam dan pada malam minggu kolam di buka 24jam. Terdapat beberapa buah chalet sederhana yang disediakan dengan harga RM50 semalam. Pelanggan yang menetap di chalet boleh memancing selama 24jam.

Bayaran yang dikenakan bagi satu batang joran adalah Rm5. Ikan boleh di bawa pulang tetapi pemilik kolam mengenakan bayaran Rm6 per Kg. Terdapat jeram bersebelahan dengan chalet yang agak privasi tetapi aku nasihatkan bagi yang membawa anak-anak kecil sila awasi anak-anak anda kerana arusnya agak sederhana deras dan berjaga-jaga terutama selepas hujan kerana arus sememangnya deras dan berkemungkinan terjadinya Fenomena Kepala Air. 

Pemilik Kolam juga ada menganjurkan pertandingan memancing pada setiap hari Ahad dari pukul 3 ptg sehingga 7 malam. Bayaran dalam lingkungan Rm40 bagi satu joran. Kemudahan yang disedia adalah seperti  
tandas, surau, kedai menjual peralatan memancing dan juga makanan. Pemancing BEBAS menggunakan APA SAHAJA TEKNIK. Yes ! betul apa yang aku cakapkan ini dan BEBAS menggunakan apa saja UMPAN! yehaa.. Selamat Mencuba Bro!

Di bawah antara koleksi gambar sewaktu aku memancing di sana.




















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...