Antara koleksi ketika memancing di Natural Exotic Fishing Pond yang terletak di Rawang Selangor. Kolam ini agak besar dan luas dan setakat ini Alhamdulillah dengan izin Allah aku memancing tak pernah Kumpau dan bangau. Kira boleh bagi rating 4 STAR ****. Persekitaran yang agak bersih dan selesa kerana disediakan khemah untuk berteduh lengkap dengan meja bulat dan kerusi. Pancang pancing juga disediakan di sepanjang kolam. terdapat restoran di sini tapi my advise bawa ler korang punya bekalan.
Antara ikan yang terdapat di kolam ini adalah terdiri dari Arapaima, Alligator Gar, Red Tail Amazon, African Cat Fish, Pacu, Patin, Patin Mekong, Jelawat, Toman, Haruan, Tilapia, Tapah, dan banyak lagi rasanya. Insyalah ada Rezeki i will back .
Di antara koleksi aku sepanjang november 2012. Thank
African Cat Fish 14kg
African Cat Fish 4kg
Jelawat a.k.a Sultan 2kg
Patin 3kg
Red Tail 4kg
Baung Ekor Merah 3kg
Patin 4.6kg
Baung Ekor Merah 6kg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan