Sabtu, Julai 13, 2013

Pancing & Jalan²

Coral Fishing Resort, Lumut, Perak

Salam Kail dari Pancing Warisan,

     Hampir 3 bulan aku ketar jari jemari, urat² saraf dan otak ku LESU sebab tidak memancing atas kerana " pantang bersalin" wife tersayang. Di campur pulak dengan urusan kerja dan jadual sekolah anak yang agak ketat maka tak la dapat ku berjuang bersama pancing² yang setia dalam stor rumahku.

31.06.2013 ( Ahad ),

     Masa terluang, tangan dah ketar nak pegang pancing jadi hobi memancingku bermula kembali atas support wife & anak² tersayang. Thank guys. Destinasi yang di pilih Coral Fishing Resort yang terletak di Marina, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Tempat ni dah lama aku survey dalam blog² dan forum² pancing. Sampai di destinasi sejuk mata memandang akan kedamaian resortyang menghadap betul² pulau pangkor. Best.. memang best terdetik hati aku berkata.. Dalam trip kali ini tiada la spesis ikan mega berjaya di naikkan. pesan aku kepada pembaca jangan lupa bawa Appolo @  sabiki ( perambut yang mempunyai 4 ke 6 mata kail ) kerana banyak spesis gelama, kerapu , senangin dan sebagainya yang banyak berkeliaran berhampiran pelantar yang disediakan oleh pihak resort. 

     Dari segi penginapan pihak resort menyediakan family cabin dan ia bersesuaian kepada kaki² pemancing yang berfamily. Terdapat 2 bilik dalam setiap bilik mempunyai 2 buah katil single dan yang penting mempunyai aircond. Satu pesanan kepada kaki pancing harga makanan dan air tin, sejuk dan panas agak mahal. Mana taknya harga setin coke mencecah Rm4.40 setin. Better makan di luar atau bawa air minuman sendiri kerana mini fridge di sediakan.  Elakkan menginap pada hari sabtu kerana kata reception resort ni full booking setiap sabtu. 

     Salam kail dari ku,
      Pancing Warisan

Suasana sekitar resort dari atas pelantar
                                             

Bilik no 107


View dari atas pelantar 


Pulau Pangkor betul² di depan mata


Buffet Breakfast 

Best memang best

Papa, Kak Long, Kak Ngah dan Kak Chik

Sabtu, April 20, 2013

Jalan-Jalan @

Cameron Highland

     Cameron Highland, Malaysia's premier hill resort is located on the Main Range of  Peninsular Malaysia. At 1,829 metres above sea level, Cameron Highland is the largest of all Malaysian Hill resort and has a temperature ranging from 16 degrees to 24 degrees Celcius. Much of its appeal lies in the neat sprawling tea plantations that date back to 1929, as well as the terraced flower farms, strawberry farms and vegetable garden.


     Cameron Highlands consists of a series of little towns that include Ringlet , Tanah Rata, Brinchang, Tringkap, Kuala Terla, and Kampung Raja. The total Population is approximately 30,000, the majority of whom are employed in agriculture and the leisure industry. The best tourist amenities can be found around Tanah Rata, the administrative center of the highland, but brinchang is fast catching up with a number of hotels, service apartments and restaurants. It`s so calm and cool guys.





















Jumaat, April 19, 2013

Takzirah Jumaat Yang Penuh Berkat

Assalamualaikum, 

  ......Salam Jumaat Penghulu Segala Hari...                 Hari Ketentuan Umat..
                       Tanda kebesaran ILAHI..







Isnin, April 08, 2013

Pancing Di Avillion Port Dickson

AVILLION PORT DICKSON  

Assalamualaikum, 
     Avillion Port Dickson membuat promotion sehingga 31 Mac 2013. Jadi aku dan family mengambil kesempatan untuk bercuti dan memancing dari water chalet yang menghadap laut Selat Melaka.

     Persekitaran yang cantik dan selesa disediakan oleh pihak resort. 5 ***** aku berikan kepada pihak resort. Dari segi makanan jangan risau kerana bufet disediakan untuk breakfast.. Hmmm memang sedap. Hasil yang berjaya di naikkan beberapa ekor ikan kecil dan juga ketuka yang sempat "beranak" 2 ekor baby yang comel. Aku release mama ketuka dan babynya ke tempat asalnya. Insyallah ada rezeki kami akan ke sana lagi .. 

Double Hook

Mama Ketuka & Baby. Siap keluar Air Ketuban 

View dari dalam Bilik

View dari Tepi Beranda

Baby Ketuka

Breakfast

Syoknya mandi

Avillion Port Dickson The Best

Jumaat, April 05, 2013

REZEKI TEMOLEH KENYIR 27 MAC 2013

Salam Blogger,

          Dah lama x update blog sebab berehat sebentar dari arena memancing. Setelah hampir 4 bulan pancing-pancing kesayangan tidak di asah dan di tempurkan di medan pancingan, alhamdulillah dengan rahmatNya spesis ikan yang jarang di pancing dapat jua ku jadikan sebagai kenangan dan pembakar semangat untuk kekal bersama hobi kesayanganku ini. Thank a lot kepada Isteri dan anak-anak papa yang memberi inspirasi kepada papa atas kejayaan menumbangkan seekor Temoleh seberat 15.8kg pada tanggal 27 Mac 2013@1705hrs. 
          
          Semuanya memang tidak dirancang dalam cuti jelajah pantai timur aku bersama isteri dan anak-anak. Maklumlah masa ini saja dapat bercuti dengan kakak hanis dan kakak nisa bila bermula Musim Cuti Sekolah. Kami sekeluarga memilih Kenyir Lake Resort ( 5 ***** diberikan ). Resort yang cukup dari segala pakej dan terutamanya dari segi makanan. Fuhh chef-chef kat sini memang terbaik dari segi masakan diorang dan tak lupa juga kepada En. Masran Mohamat yang merupakan Manager Sport & Recreation di resort ini. Beliau banyak membantu memberi info-info mengenai umpan dan teknik-teknik memancing di tasik kenyir. 

          Temoleh seberat 15.8kg di daratkan di atas bot milik Kenyir Lake Resort hasil pancingan dari atas Beranda Lake View kami. Joran Awa-shima Expedition sepanjang 9" digandingkan bersama kekili Maguro Tournament 4500PG terpelanting dari beranda dan hampir dijadikan khazanah di dalam tasik kenyir. Asakan demi asakan hampir 15 minit dari sang temoleh yang mulanya ku sangkakan kalui begitu padat, walaupun drag di kunci agak ketat. Temoleh menggunakan taktik kotor dengan membelitkan badannya di reba kayu. Hasilnya Joran Awa-shima ku patah tetapi ku masih sempat membuat ikatan kemas pada cincin joran yang hanya tinggal satu. Dengan semangat yang hampir luntur ku cuba menghubungi Masran dan beliau bertanya samada ikan masih di kail atau tidak. ku menjawab " ya , ikan masih di hujung kail". masran mengambil bot dan menngambil kami dari gigi air. Setelah hampir 5 minit cubaan menarik ikan dari atas bot tidak menunjukkan sebarang hasil. Masran memutuskan untuk menarik sehingga putus tali dan tiba-tiba sang temoleh mula menunjukkan kekuatannya dengan membuat pecutan keluar dari reba persembunyiannya. Akhirnya ku bertarung dengan gergasi kenyir. hampir 10 minit bertarung akhirnya temoleh mengalah dan di jadikan hidangan yang lazat oleh chef-chef Kenyir Lake Resort.

          Kenyir Kami Pasti Akan Datang Lagi .. Insyallah.

Joran Awa-Shima Patah tetapi masih TEGUH untuk bertarung

Jasa Mu Di Kenang. TQ

Temoleh Pertamaku " Muahxx"



Temoleh 15.8 kg hasil pancingan dalam kawasan Kenyir Lake Resort

Kepuasan Maksima

Toman Rempit memang banyak di sini

Thanks Ummi, Hanis dan Nisa. Love all of You


Masran dengan hasil Mama Toman 3kg

Tumpang bergambar ye masran

Temoleh Bakar Terbaik!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...