Jumaat, November 30, 2012

Jumaat Penghulu Segala Hari..Salam Jumaat ...

Assalamualaikum wbt



Alhamdulillah bertemu jua aku kepada Penghulu segala hari iaitu Jumaat terakhir dalam bulan November 2012 ini.Terasa cepat masa berlalu.Itu menandakan hari pembalasan semakin menghampiri kita.Subhanallah..Berapa amalan yang sudah kita lakukan?Cukupkah bekalan amalan itu untuk dibawa menghadap yang Esa?

Persoalan itu yang sering bermain di fikiranku.Setiap hari aku berdoa agar segala amalan yg telah aku lakukan diterima olehNYA..Insya'Allah..semoga dipermudahkan segala urusanku didunia mahupun di akhirat kelak..

Perbanyakkan Selawat keatas Nabi junjungan kita Rasullullah saw agar mendapat Syafaat dan sentiasa mendapat doa darinya.Amin Ya Rabbal Alamin..

Khamis, November 29, 2012

Kolam Joran Rimba Tekala Semenyih

Assalamualaikum.

Kolam Pancing Joran Rimba Tekala terletak di Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Terletak bersebelahan dengan Kolam Pancing Seri Bayu. Beroperasi pukul 7 pagi sehingga 7 malam dan pada malam minggu kolam di buka 24jam. Terdapat beberapa buah chalet sederhana yang disediakan dengan harga RM50 semalam. Pelanggan yang menetap di chalet boleh memancing selama 24jam.

Bayaran yang dikenakan bagi satu batang joran adalah Rm5. Ikan boleh di bawa pulang tetapi pemilik kolam mengenakan bayaran Rm6 per Kg. Terdapat jeram bersebelahan dengan chalet yang agak privasi tetapi aku nasihatkan bagi yang membawa anak-anak kecil sila awasi anak-anak anda kerana arusnya agak sederhana deras dan berjaga-jaga terutama selepas hujan kerana arus sememangnya deras dan berkemungkinan terjadinya Fenomena Kepala Air. 

Pemilik Kolam juga ada menganjurkan pertandingan memancing pada setiap hari Ahad dari pukul 3 ptg sehingga 7 malam. Bayaran dalam lingkungan Rm40 bagi satu joran. Kemudahan yang disedia adalah seperti  
tandas, surau, kedai menjual peralatan memancing dan juga makanan. Pemancing BEBAS menggunakan APA SAHAJA TEKNIK. Yes ! betul apa yang aku cakapkan ini dan BEBAS menggunakan apa saja UMPAN! yehaa.. Selamat Mencuba Bro!

Di bawah antara koleksi gambar sewaktu aku memancing di sana.




















Isnin, November 19, 2012

Natural Exotic Fishing Pond Rawang November 2012

     Antara koleksi ketika memancing di Natural Exotic Fishing Pond yang terletak di Rawang Selangor. Kolam ini agak besar dan luas dan setakat ini Alhamdulillah dengan izin Allah aku memancing tak pernah Kumpau dan bangau. Kira boleh bagi rating 4 STAR ****. Persekitaran yang agak bersih dan selesa kerana disediakan khemah untuk berteduh lengkap dengan meja bulat dan kerusi. Pancang pancing juga disediakan di sepanjang kolam. terdapat restoran di sini tapi my advise bawa ler korang punya bekalan. 

Antara ikan yang terdapat di kolam ini adalah terdiri dari Arapaima, Alligator Gar, Red Tail Amazon, African Cat Fish, Pacu, Patin, Patin Mekong, Jelawat, Toman, Haruan, Tilapia, Tapah, dan banyak lagi rasanya. Insyalah ada Rezeki i will back . 

Di antara koleksi aku sepanjang november 2012. Thank




African Cat Fish 14kg


African Cat Fish 4kg


Jelawat a.k.a Sultan 2kg


Patin 3kg



Red Tail 4kg


Baung Ekor Merah 3kg


Patin 4.6kg


Baung Ekor Merah 6kg






Memancing Mengajar Erti Kesabaran




Assalamualaikum..
 
   Sejak dari kecil ku masih teringat saat arwah abahku memimpin tanganku ke suatu baru dunia byang dapat mengajar diriku ini erti kesabaran dan nikmat hidup yang dicipta oleh Allah. Dunia baru ini penuh dengan dugaan dan rintangan untuk menjadikan kita seorang mukmin yang sabar.

   Dunia yang ku maksudkan dunia memancing. Memancing bukan sekadar hobi tetapi ia telah dimartabatkan sebagai satu sukan tapi tidaklah di pertandingkan di sukan olimpik. Kalau di masukkan dalam list sukan olimpik confirm berduyun duyunlah pemancing di Malaysia dan serata dunia berebut-rebut untuk mewakili negara masing-masing termasuklah diri aku.

   Betul dan benar hobi yang ku minati sejak kecil dan mewarisi minat yang sama dengan arwah mengajarku erti kesabaran. Sikap panas baran yang di bakar oleh Syaitan Nirrajim dan Iblis Laknatullah berjaya di kikis dekit demi sedikit. Alhamdulillah. Kini ku mempunyai seorang isteri dan 2 puteri yang sama-sama berkongsi hobi yang ku warisi dari arwah abah. Terima Kasih Ummi, Kakak Hanis dan Adik Nisa.

   Banyak pihak mengatakan hobi memancing membosankan dari duduk menunggu berjam-jam menunggu ikan memakan umpan lebih baik pergi pasar. Ikan di pasar FRESH sangat ke? di simpan berjam-jam dalam peti ais dan di suntik dengan bahan kimia supaya ikan nampak segar adakah itu dikatakan FRESH. Tepuk dada tanya selera. Hobi memancing masa kini dikongsi bersama-sama keluarga tercinta. Terpulanglah kepada diri masing-masing. Hobi dan minat adalah hak individu.

   Ku harap memancing akan di teruskan dari generasi ke generasi akan datang. Jangan lupa mengamalakan budaya Catch & Release ( C&R) supaya stok ikan tempatan akan terus berkembang dari masa ke semasa.
Rezeki itu datang dari Allah. Dekatkan diri kita denganNya, Insyallah Allah akan menyayangi kita. Amin.

Salam Bicara dan Assalamualaikum.
Mohd Zulkifli @ pancingwarisan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...