Rabu, Disember 12, 2012

Jom Join Contest : Fotografi-Ceriakan Hidupmu!

Assalamualaikum Pembuka Bicara


Sila klik Banner


Contest 1st yang aku join bertemakan Fotografi-Ceriakan Hidupmu!
Aku pertaruhkan pic "Tomei Monkey" ni sebagai pelengkap utk contest ni.
Pic ni aku snap di Sunway Lagoon.
Dengan tak sengaja si monkey nie jelir lidah kat aku & nampak mcm Ceria je hidup dia dlm sangkar tu.. keh keh keh

Aku harap penyertaan ini tak salah sbb aku tak gunakan pic manusia.Harap pihak penganjur menerimanya :)









Isnin, Disember 10, 2012

Jalan - Jalan Di

Felda Residence Hot Spring Trolak


     Assalamualaikum..
    
     Thank to Allah i had a chance to write one of Malaysia famous family vacation. This place locate in a state of Perak Darul Ridzuan, Malaysia. This place not far away from Exit Trolak using  PLUS highway. After exit just turn left and continue drive untill you see a signboard that show Felda Residence Hot Spring  is on your left side. 

     Peaceful and relaxing. That i can translate what on my mind thinking about this place. Rate for staying at resort about Rm250 nett. This rate are currently at high price because of school holiday.   
Resort facility such as spa, cafe, hot spring pond, swimming pool and etc. Sorry i just can snap just a few picture for this sagment. Take yourself and your family for vacation. Enjoy it.








Sabtu, Disember 08, 2012

Segment : King Follow Back By Amerconer

Assalamualaikum pembuka bicara



Klik Banner

Follower setakat 8 Dec 2012 :
 13 Follower

Nyatakan sebab anda perlu dinobatkan sebagai King follow back:

Kerana ini adalah 1st segmen yang saya sertai dan akan follow balik semua pengunjung yang singgah ke blog PancingWarisan :)

Nyatakan sebab follower lain perlu join segment ini :

Segment ini bertujuan utk meningkatkan follower,jadi kepada blogger yang kekurangan follower mcm saya ni perlu sertai bagi meningkatkan pembaca di blog sekaligus menjadikan blog kita dikenali ramai.
hehehe

Jumaat, Disember 07, 2012

Jalan - Jalan Di

PuLaU PaNgKoR

     Terletak di daerah Manjung, Negeri Perak Darul Ridzuan. Sebuah pulau yang agak mendamaikan dan melibatkan kos yang agak rendah untuk tujuan bercuti bersama keluarga. Alhamdulillah agak mudah untuk sampai ke sini samada menggunakan Lebuhraya Utara Selatan keluar di Exit Bidor dan terus menuju ke Pekan Teluk Intan dan seterusnya ikut papan tanda menuju ke Lumut atau melalui jalan lama Kuala Selangor - Bagan Datoh - Lumut. 

Bayaran bagi perkhidmatan feri hanya serendah Rm10 sahaja pergi/balik. Murahkan?? Sampai di Jeti Lumut, korang boleh parking kereta di tempat letak kereta Majlis Perbandaran Manjung. Banyak chalet-chalet disediakan oleh pengusaha tempatan dengan harga berpatutan.

Chalet pilihan aku dan keluarga adalah di Palma Beach Resort yang terletak di Teluk Nipah. Memang selesa bermalam di sini. Tapi ada kekurangan bila bercuti di sini. Faktor Makan yang menjadi masalah terutama untuk Sarapan Pagi dan juga Tengahari. Tidak banyak kedai atau warung makan yang menjalankan perniagaan pada waktu tersebut, Tapi bila malam menjelma, warung makan tumbuh umpama cendawan selepas hujan. So dinasihatkan supaya korang bawalah sedikit bekalan untuk mengisi perut dalam beg korang..

Bagi kaki pancing bolehlah mencuba nasib di sekitar kawasan berbatu sepanjang pantai Teluk Nipah. Terdapat 2 buah pulau yang boleh di kunjungi samada untuk berkelah, rekreasi mahupun memancing iaitu Pulau Giam dan juga Pulau Mentaggor. Pakej Memancing sambil berkayak disediakan oleh para pengusaha sukan air di sana. Bab umpan kenalah bawa sendiri. tapi paling popular di sini ialah memancing/casting sotong daun menggunakan umpan udang tiruan. Ada sebuah kedai pancing yang terletak pantai teluk nipah menjual umpan tersebut. Warna yang paling di gerami sotong adalah warna Pink (Merah Jambu), Merah, Oren dan juga Putih. Ada Rezeki dariNya insyallah dapatlah korang merasa feel macamana fight dengan sotong daun kat sini. Ada juga sebuah kedai disini menjual umpan Udang Hidup dengan harga Rm1 bagi seekor udang. mahal tapi kalau dan tak ada pilihan so seringgit pun seringgitlah. 

Pulau Giam adalah destinasi yang wajib dikunjungi sebab selain memancing korang boleh snorkling, mandi serta picnic kat sini. Destinasi Pelancongan dalam Malaysia lebih baik dan menjimatkan. Selamat Bercuti kepada korang semua sebelum Musim Persekolahan bermula. Assalamualaikum.


Nasi Goreng Sotong Kering Jeti Lumut


Kota Belanda antara tempat yang boleh di kunjungi

Kota Belanda

Pekan Pulau Pangkor. Banyak menjual Hasil Laut di sini.

Waktu malam pun boleh layan Casting Sotong. Try bro jangan tak Try

Pemandangan Palma Beach Resort

Pulau Mentaggor

Sotong Daun banyak menghuni kawasan berbatu 
sepanjang pesisiran pantai teluk Nipah

Kerapu pun ade... he he he

Kakak Hanis& Adik Nisa seronok dalam Feri

Pulau Giam jauh mata memandang

Pantai Teluk Nipah

Nisa Sibuk Main Pasir.. iskh iskh iskh


Terima kasih kerana sudi membaca artikel di sini.. Syukran Jazillan...

Isnin, Disember 03, 2012

Pancing Kelong Nazri Bagan Lalang, Sepang, Selangor

Bismillah...
     
     Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T dapat aku berkongsi pengalaman memancing dengan para sahabat di luar sana. Kali ini kita jenguk di area Pantai Bagan Lalang yang terletak di daerah sepang, Selangor Darul Ehsan. Port ini tak la jauh sangat dari rumah aku. Dalam 30 minit insyallah sampailah.

     Time aku memancing kira-kira 2 tahun lepas. Kelong Nazri amat top bagi kaki-kaki pancing sekitar Lembah Kelang. Umpan top kalau nak memancing kat sini bawalah Udang Hidup. port nak beli umpan udang hidup korang boleh beli kat Kedai Apek yang terletak Pekan Sungai Pelek . Udang di jual Rm 0.35sen seekor. Murahkan.. Tapi datang awal la sebab kadang-kadang stok dah habis.

     Bagi pemancing yang hendak mencuba nasib di sini lokasi tak jauh dari pantai Bagan Lalang. Sebaik saja sampai di pantai Bagan Lalang terus belok ke kiri menuju ke Jeti Bagan Lalang. Di situ korang akan nampak pejabat kecil Encik Nazri iaitu pemilik tekong. Bot disediakan dari Jeti Bagan Lalang ke Kelong yang mengambil masa lebih kurang 10 minit. Umpan hendaklah di bawa sendiri..







     Trip kali ini tidak memberangsangkan kerana faktor pasang surut air. Insyallah mungkin ada Rezeki dari Allah di trip yang akan datang di lain kali.. Insyallah.. Insyallah.. 

Terima Kasih kerana sudi membaca.. Assalamualaikum

     
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...