Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T dapat aku berkongsi pengalaman memancing dengan para sahabat di luar sana. Kali ini kita jenguk di area Pantai Bagan Lalang yang terletak di daerah sepang, Selangor Darul Ehsan. Port ini tak la jauh sangat dari rumah aku. Dalam 30 minit insyallah sampailah.
Time aku memancing kira-kira 2 tahun lepas. Kelong Nazri amat top bagi kaki-kaki pancing sekitar Lembah Kelang. Umpan top kalau nak memancing kat sini bawalah Udang Hidup. port nak beli umpan udang hidup korang boleh beli kat Kedai Apek yang terletak Pekan Sungai Pelek . Udang di jual Rm 0.35sen seekor. Murahkan.. Tapi datang awal la sebab kadang-kadang stok dah habis.
Bagi pemancing yang hendak mencuba nasib di sini lokasi tak jauh dari pantai Bagan Lalang. Sebaik saja sampai di pantai Bagan Lalang terus belok ke kiri menuju ke Jeti Bagan Lalang. Di situ korang akan nampak pejabat kecil Encik Nazri iaitu pemilik tekong. Bot disediakan dari Jeti Bagan Lalang ke Kelong yang mengambil masa lebih kurang 10 minit. Umpan hendaklah di bawa sendiri..
Trip kali ini tidak memberangsangkan kerana faktor pasang surut air. Insyallah mungkin ada Rezeki dari Allah di trip yang akan datang di lain kali.. Insyallah.. Insyallah..
Terima Kasih kerana sudi membaca.. Assalamualaikum
hehehe , CP tak minat memancing , dulu baru nak semai minat tapi dihalang , ececece ~ sebabnya CP nih perempuan :P
BalasPadam