Jumaat, Disember 07, 2012

Jalan - Jalan Di

PuLaU PaNgKoR

     Terletak di daerah Manjung, Negeri Perak Darul Ridzuan. Sebuah pulau yang agak mendamaikan dan melibatkan kos yang agak rendah untuk tujuan bercuti bersama keluarga. Alhamdulillah agak mudah untuk sampai ke sini samada menggunakan Lebuhraya Utara Selatan keluar di Exit Bidor dan terus menuju ke Pekan Teluk Intan dan seterusnya ikut papan tanda menuju ke Lumut atau melalui jalan lama Kuala Selangor - Bagan Datoh - Lumut. 

Bayaran bagi perkhidmatan feri hanya serendah Rm10 sahaja pergi/balik. Murahkan?? Sampai di Jeti Lumut, korang boleh parking kereta di tempat letak kereta Majlis Perbandaran Manjung. Banyak chalet-chalet disediakan oleh pengusaha tempatan dengan harga berpatutan.

Chalet pilihan aku dan keluarga adalah di Palma Beach Resort yang terletak di Teluk Nipah. Memang selesa bermalam di sini. Tapi ada kekurangan bila bercuti di sini. Faktor Makan yang menjadi masalah terutama untuk Sarapan Pagi dan juga Tengahari. Tidak banyak kedai atau warung makan yang menjalankan perniagaan pada waktu tersebut, Tapi bila malam menjelma, warung makan tumbuh umpama cendawan selepas hujan. So dinasihatkan supaya korang bawalah sedikit bekalan untuk mengisi perut dalam beg korang..

Bagi kaki pancing bolehlah mencuba nasib di sekitar kawasan berbatu sepanjang pantai Teluk Nipah. Terdapat 2 buah pulau yang boleh di kunjungi samada untuk berkelah, rekreasi mahupun memancing iaitu Pulau Giam dan juga Pulau Mentaggor. Pakej Memancing sambil berkayak disediakan oleh para pengusaha sukan air di sana. Bab umpan kenalah bawa sendiri. tapi paling popular di sini ialah memancing/casting sotong daun menggunakan umpan udang tiruan. Ada sebuah kedai pancing yang terletak pantai teluk nipah menjual umpan tersebut. Warna yang paling di gerami sotong adalah warna Pink (Merah Jambu), Merah, Oren dan juga Putih. Ada Rezeki dariNya insyallah dapatlah korang merasa feel macamana fight dengan sotong daun kat sini. Ada juga sebuah kedai disini menjual umpan Udang Hidup dengan harga Rm1 bagi seekor udang. mahal tapi kalau dan tak ada pilihan so seringgit pun seringgitlah. 

Pulau Giam adalah destinasi yang wajib dikunjungi sebab selain memancing korang boleh snorkling, mandi serta picnic kat sini. Destinasi Pelancongan dalam Malaysia lebih baik dan menjimatkan. Selamat Bercuti kepada korang semua sebelum Musim Persekolahan bermula. Assalamualaikum.


Nasi Goreng Sotong Kering Jeti Lumut


Kota Belanda antara tempat yang boleh di kunjungi

Kota Belanda

Pekan Pulau Pangkor. Banyak menjual Hasil Laut di sini.

Waktu malam pun boleh layan Casting Sotong. Try bro jangan tak Try

Pemandangan Palma Beach Resort

Pulau Mentaggor

Sotong Daun banyak menghuni kawasan berbatu 
sepanjang pesisiran pantai teluk Nipah

Kerapu pun ade... he he he

Kakak Hanis& Adik Nisa seronok dalam Feri

Pulau Giam jauh mata memandang

Pantai Teluk Nipah

Nisa Sibuk Main Pasir.. iskh iskh iskh


Terima kasih kerana sudi membaca artikel di sini.. Syukran Jazillan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...