Jumaat, April 05, 2013

REZEKI TEMOLEH KENYIR 27 MAC 2013

Salam Blogger,

          Dah lama x update blog sebab berehat sebentar dari arena memancing. Setelah hampir 4 bulan pancing-pancing kesayangan tidak di asah dan di tempurkan di medan pancingan, alhamdulillah dengan rahmatNya spesis ikan yang jarang di pancing dapat jua ku jadikan sebagai kenangan dan pembakar semangat untuk kekal bersama hobi kesayanganku ini. Thank a lot kepada Isteri dan anak-anak papa yang memberi inspirasi kepada papa atas kejayaan menumbangkan seekor Temoleh seberat 15.8kg pada tanggal 27 Mac 2013@1705hrs. 
          
          Semuanya memang tidak dirancang dalam cuti jelajah pantai timur aku bersama isteri dan anak-anak. Maklumlah masa ini saja dapat bercuti dengan kakak hanis dan kakak nisa bila bermula Musim Cuti Sekolah. Kami sekeluarga memilih Kenyir Lake Resort ( 5 ***** diberikan ). Resort yang cukup dari segala pakej dan terutamanya dari segi makanan. Fuhh chef-chef kat sini memang terbaik dari segi masakan diorang dan tak lupa juga kepada En. Masran Mohamat yang merupakan Manager Sport & Recreation di resort ini. Beliau banyak membantu memberi info-info mengenai umpan dan teknik-teknik memancing di tasik kenyir. 

          Temoleh seberat 15.8kg di daratkan di atas bot milik Kenyir Lake Resort hasil pancingan dari atas Beranda Lake View kami. Joran Awa-shima Expedition sepanjang 9" digandingkan bersama kekili Maguro Tournament 4500PG terpelanting dari beranda dan hampir dijadikan khazanah di dalam tasik kenyir. Asakan demi asakan hampir 15 minit dari sang temoleh yang mulanya ku sangkakan kalui begitu padat, walaupun drag di kunci agak ketat. Temoleh menggunakan taktik kotor dengan membelitkan badannya di reba kayu. Hasilnya Joran Awa-shima ku patah tetapi ku masih sempat membuat ikatan kemas pada cincin joran yang hanya tinggal satu. Dengan semangat yang hampir luntur ku cuba menghubungi Masran dan beliau bertanya samada ikan masih di kail atau tidak. ku menjawab " ya , ikan masih di hujung kail". masran mengambil bot dan menngambil kami dari gigi air. Setelah hampir 5 minit cubaan menarik ikan dari atas bot tidak menunjukkan sebarang hasil. Masran memutuskan untuk menarik sehingga putus tali dan tiba-tiba sang temoleh mula menunjukkan kekuatannya dengan membuat pecutan keluar dari reba persembunyiannya. Akhirnya ku bertarung dengan gergasi kenyir. hampir 10 minit bertarung akhirnya temoleh mengalah dan di jadikan hidangan yang lazat oleh chef-chef Kenyir Lake Resort.

          Kenyir Kami Pasti Akan Datang Lagi .. Insyallah.

Joran Awa-Shima Patah tetapi masih TEGUH untuk bertarung

Jasa Mu Di Kenang. TQ

Temoleh Pertamaku " Muahxx"



Temoleh 15.8 kg hasil pancingan dalam kawasan Kenyir Lake Resort

Kepuasan Maksima

Toman Rempit memang banyak di sini

Thanks Ummi, Hanis dan Nisa. Love all of You


Masran dengan hasil Mama Toman 3kg

Tumpang bergambar ye masran

Temoleh Bakar Terbaik!!!


10 ulasan:

  1. Mmg terbaikkkk bro.berbaloi- baloi la

    BalasPadam
  2. Gila ah ding dong dang sayang.. Haha terbaekkk

    BalasPadam
  3. heheheee bagus bagus.....besar temoleh...

    BalasPadam
  4. dasyat....susah tu nk naik heheheee..mcm mcm dugaan

    BalasPadam
  5. Thx masran atas tunjuk ajarSelaMa Ini. Memang terbaik!

    BalasPadam
  6. temoleh depan chalet je? terbaik bro! Suksess!

    BalasPadam
  7. Tahniah bro. Bukan senang nak dapat temoleh depan chalet...

    BalasPadam
  8. dahsat la tulisan bro ni. membara aku dibuatnya. terbaekk

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...