Salam Kail dari Pancing Warisan,
Hampir 3 bulan aku ketar jari jemari, urat² saraf dan otak ku LESU sebab tidak memancing atas kerana " pantang bersalin" wife tersayang. Di campur pulak dengan urusan kerja dan jadual sekolah anak yang agak ketat maka tak la dapat ku berjuang bersama pancing² yang setia dalam stor rumahku.
31.06.2013 ( Ahad ),
Masa terluang, tangan dah ketar nak pegang pancing jadi hobi memancingku bermula kembali atas support wife & anak² tersayang. Thank guys. Destinasi yang di pilih Coral Fishing Resort yang terletak di Marina, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Tempat ni dah lama aku survey dalam blog² dan forum² pancing. Sampai di destinasi sejuk mata memandang akan kedamaian resortyang menghadap betul² pulau pangkor. Best.. memang best terdetik hati aku berkata.. Dalam trip kali ini tiada la spesis ikan mega berjaya di naikkan. pesan aku kepada pembaca jangan lupa bawa Appolo @ sabiki ( perambut yang mempunyai 4 ke 6 mata kail ) kerana banyak spesis gelama, kerapu , senangin dan sebagainya yang banyak berkeliaran berhampiran pelantar yang disediakan oleh pihak resort.
Dari segi penginapan pihak resort menyediakan family cabin dan ia bersesuaian kepada kaki² pemancing yang berfamily. Terdapat 2 bilik dalam setiap bilik mempunyai 2 buah katil single dan yang penting mempunyai aircond. Satu pesanan kepada kaki pancing harga makanan dan air tin, sejuk dan panas agak mahal. Mana taknya harga setin coke mencecah Rm4.40 setin. Better makan di luar atau bawa air minuman sendiri kerana mini fridge di sediakan. Elakkan menginap pada hari sabtu kerana kata reception resort ni full booking setiap sabtu.
Salam kail dari ku,
Pancing Warisan
Suasana sekitar resort dari atas pelantar
Bilik no 107
View dari atas pelantar
Pulau Pangkor betul² di depan mata
Buffet Breakfast
Best memang best
Papa, Kak Long, Kak Ngah dan Kak Chik